Monday, February 23, 2009

PERHIMPUNAN PKR BERSAMA DSAI DI BINTULU

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah datang ke Bintulu pada 21/02/2009 untuk berjumpa dengan rakyat Bintulu. Perjumpaan itu diadakan di tempat penginapan Villa Mardiah, KM 11 Jalan Bintulu-Tatau. Lebih kurang 1000 orang yang datang pada malam tersebut walaupun hujan turun dengan lebatnya.

DSAI disambut oleh penyokong beliau di Lapangan Terbang Bintulu. Kira-kira 300 orang penyokong beliau berbaris menyambut beliau dengan memegang kain rentang yang mengalu-alukan kedatangan beliau.


Suasana semasa ketiba DSAI di Lapangan Terbang Bintulu. Beliau dikerumuni penyokong-penyokong beliau yang ingin berjabat tangan dengan beliau. Program ceramah dan perjumpaan bermula kira-kira jam 6.30 petang. DSAI tiba di tempat ceramah kira-kira pukul 8.00 malam. Beliau disambut oleh penyokong beliau dengan laungan REFORMASI yang diketuai oleh YB. Chiew Chiu Seng ADUN N.59 Kidurong.

Apa yang menarik perhatian saya pada perhimpunan tersebut pihak PKR asyik menyalahkan pihak Kerajaan (BN) yang mereka anggap sudah tidak releven pada zaman pemerintahan sekarang seperti mereka kata BN sudah "Expired" macam tin "Sardin". Isu yang mereka bangkitkan adalah isu tanah yang memang sedang hangat di Bintulu. Apa yang menghairankan saya kenapa DSAI tidak menyelesaikan masalah tersebut ketika beliau masih memagang jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu, kenapa baru sekarang beliau membangkitkan isu tersebut apabila beliau berada didalam parti pembangkang dan bukan semasa beliau didalam BN. Ini menunjukan bahawa PKR tidak mempunyai modal dan hanya bercakap kosong, mereka hanya tahu memburukkan BN sedangkan Negeri Perak tidak dapat mereka tadbir apatah lagi hendak mentadbir sebuah negara.

Kita sebagai rakyat harus ingat "yang lama tidak semestinya buruk, yang baru tidak semestinya bagus" jadi kita rakyat Bintulu kena fikir dengan sebaik nya macam mana keadaan kita semasa BN memerintah dan bandingkan dengan negeri yang di perintah oleh parti Pakatan seperti Negeri Perak, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan. Adakah keadaan mereka lebih baik daripada kita?

Monday, February 16, 2009

MP Meninjau Jalan yang Rosak

Akibat hujan yang tidak berhenti-henti jalan raya Bintulu-Tatau dan Bintulu-Sebauh telah terputus. Ahli Parlimen P.217 Bintulu, YB. Dato' Seri Tiong King Sing telah pergi meninjau dan berjumpa dengan kontraktor yang membaiki jalan tersebut. Beliau sangat tidak berpuas hati dengan cara kontraktor membaiki jalan tersebut.





Beliau tidak pernah mengharapkan kakitangan beliau untuk meninjau keadaan kawasan beliau. Beliau sentiasa turun padang untuk meninjau apa yang berlaku.

Keadaan jalan di kawasan Parlimen Bintulu memang sangat teruk serta perlu diperbaiki. Bukan sahaja kerana hujan yang turun tidak berhenti-henti tetapi keadaan jalan di kawasan Bintulu memang perlu diambil perhatian. Malah jalan didalam Bandar Bintulu juga berlubang-lubang serta tidak rata seperti disepanjang jalan Tun Hussein Onn yang tidak rata dan sepanjang jalan Kidurong.

Keadaan jalan yang menyebabkan MP tidak berpuas hati




Keadaan Jalan Bintulu-Tatau

MP Melawat mangsa banjir

Pada 1 Februari 2009 Yang Berhormat Ahli Parlimen P.217 Bintulu melawat mangsa banjir di kawasan Parlimen Bintulu. Beliau sangat bersimpati dengan keadaan mangsa banjir yang terpaksa tinggal dalam rumah yang dipenuhi air.





Beliau tidak mengira menggunakan sampan atau berjalan kaki dalam banjir untuk sampai ke rumah-rumah mangsa banjir. Apa yang penting bagi beliau adalah sampai ke rumah mangsa serta berjumpa dengan mangsa-mangsa tersebut.


Sekarang ini sangat sukar untuk kita melihat YB yang sangat perihatin seperti beliau. sikap beliau yang pemurah serta suka membantu rakyat menyebabkan beliau sangat disenangi serta disukai oleh rakyat di Parlimen Bintulu. Beliau tidak pernah mengabaikan rakyat serta tidak pernah lupa untuk menghulukan bantuan kepada rakyat yang memerlukannya.

YB. Dato' Seri Tiong King Sing sedang memerhati keadaan air yang memasuki sebuah rumah







Bantuan yang disumbangkan oleh YB Dato' Seri Tiong King Sing kepada mangsa banjir untuk penduduk kampung Hilir Sebauh

Thursday, February 5, 2009

BANJIR OH BANJIR

Beginilah penduduk kawasan Hulu Sebauh, Bintulu mengharungi kehidupan mereka semasa banjir. Penduduk sukar hendak pergi ke sawah, tempat kerja serta ke pekan.





Keadaan salah sebuah rumah panjang kawasan Pandan Sebauh yang dimasuki air hingga ke paras paha. penduduk rumah panjang tinggal di tingkat atas rumah panjang pada waktu malam dan tinggal di dalam perahu pada waktu siang.

Bagaimana penduduk kawasan Hulu Niah-Suai mengharungi banjir untuk pergi ke pekan dan juga ke kebun mereka. Mereka terpaksa menggunakan rakit untuk menggangkut motosikal. Kawasan ini mengalami banjir yang teruk sesetenggah jalan raya paras air sampai ke paras dada.


Salah seorang daripada penduduk Rh. Anthony kawasan Segan-Silas yang mengharungi banjir untuk sampai ke rumah panjang mereka. Banjir pada tahun ini banyak menyebabkan kerugian kepada penduduk rumah panjang kawasan P.217 Bintulu. Tanaman kebanyakannya ditenggelami air. selain itu banyak juga rumah panjang yang terkena tanah runtuh seperti Rh. Medan, Sebungan Sebauh dan Rh. Sipok, Jalan Bintulu-Tatau.




Rh. Medan, Sebungan Sebauh yang di hempap tanah.