Tuesday, March 10, 2009

DEBAT PENGERUSI DAP CAWANGAN LANANG DENGAN AHLI PARLIMEN P.217 BINTULU

Pada 07 Mac 2009 pukul 1400pm telah berlangsung debat antara Ahli Parlimen Bintulu, YB Dato' Seri Tiong King Sing dengan En. David Wong Kee Woan, Setiausaha Penerangan DAP Sarawak selaku Pengerusi DAP cawangan Lanang di Dewan Bintulu Chinese Chamber Of Commerce & Industry selama sejam.

Debat lebih kepada Isu Lompat Parti yang banyak berlaku pada masa ini. En. David Wong tidak berpuas hati kerana ramai ahli Parti Perikatan yang lompat parti dan menyalahkan BN diatas apa yang berlaku. Bagaimanapun YB. Dato' Seri Tiong King Sing tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat En. David Wong yang menyalahkan BN kerana bagi beliau ahli parti Perikatan lompat

parti disebabkan masalah dalaman serta kerana ahli Parti Perikatan tidak mempunyai pedirian dan tidak setia kepada parti mereka. YB Dato' Seri Tiong King Sing memberitahu En. David Wong bahawa DSAI yang memulakan isu lompat parti dengan mendakwa serta menyebarkan kepada umum bahawa ramai ahli BN yang akan lompat parti selepas BN kehilangan 2/3 majoriti pada pilihanraya Umum ke-12 yang lepas. Jadi bukan kesalahan BN kalau ramai ahli Parti Perikatan lompat parti.

Pada pendapat saya, kita juga tidak boleh menyalahkan BN di atas masalah lompat parti yang dihadapi oleh Parti Perikatan. Sepatutnya mereka perlu mengkaji apa masalah serta sebab yang menyebabkan ahli parti mereka lompat parti. Keadaan ini menunjukkan bahawa ahli parti mereka tidak mempunyai pendirian bak kata YB. Dato' Seri Tiong King Sing.