Monday, May 25, 2009

LAWATAN MP KE RUMAH PANJANG SEMPENA PERAYAAN GAWAI DAYAK 2009

Pada 19 Mei 2009, Ahli Parlimen P.217 Bintulu, YB Dato' Seri Tiong King Sing telah memulakan lawatan ke rumah-rumah panjang sempena perayaan Gawai Dayak 2009. Lawatan tersebut bukan sahaja untuk bersama rakyat merayakan Sambutan Hari Gawai tetapi juga untuk mendangar masalah-masalah yang dihadapi rakyat di rumah-rumah panjang. Terutamanya masalah yang paling banayk dihadapi oleh penduduk Bintulu iaitu masalah Tanah yang sememangnya tidak pernah dapat diselesaikan.









YB Dato' Seri sangat tidak berpuashati dengan tindakan pihak syarikat perladangan terutama Syarikat Grand Perfect Sdn. Bhd yang banyak menceroboh Tanah rakyat di kawasan Binyo-Pandan, kawasan Sg. Genaan, Sg. Kelabat dan Sg Sujan. Beliau tidak suka syarikat perladangan tersebut yang bertindak seperti samseng untuk merampas tanah rakyat. Beliau juga sangat tidak berpuas hati kerana syarikat perladangan tersebut menebang tanam-tanaman serta meracuni tanaman yang sudah ditanah oleh penduduk rumah panjang. Paling tidak memuaskan hati YB. Dato' Seri, syarikat perladangan berani mendakwa mereka diarahkan oleh pihak Kerajaan untuk menceroboh tanah rakyat tanpa berbincang terlebih dahulu.



Selain itu, beliau berharap agar masalah tanah yang sedang dihadapi oleh penduduk rumah panjang ini dapat diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Bersempena dengan perayaan Hari Gawai YB. Dato' Seri mengucapkan "SELAMAT HARI GAWAI GAYU GURU GERAI NYAMAI LANTANG SENANG NGUAN MENOA" kepada seluruh rakyat Parlimen P.217 Bintulu serta menasihatkan semua penduduk rumah panjang serta penduduk Bintulu supaya tidak minum sampai mabuk serta berhati-hati semasa memandu sama ada dijalan raya atau di sungai. selain itu, beliau juga menasihat ibubapa agar menjaga anak-anak supaya tidak terlibat dengan gejala sosial serta tidak melakukan jenyah.




No comments: