Monday, February 23, 2009

PERHIMPUNAN PKR BERSAMA DSAI DI BINTULU

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah datang ke Bintulu pada 21/02/2009 untuk berjumpa dengan rakyat Bintulu. Perjumpaan itu diadakan di tempat penginapan Villa Mardiah, KM 11 Jalan Bintulu-Tatau. Lebih kurang 1000 orang yang datang pada malam tersebut walaupun hujan turun dengan lebatnya.

DSAI disambut oleh penyokong beliau di Lapangan Terbang Bintulu. Kira-kira 300 orang penyokong beliau berbaris menyambut beliau dengan memegang kain rentang yang mengalu-alukan kedatangan beliau.


Suasana semasa ketiba DSAI di Lapangan Terbang Bintulu. Beliau dikerumuni penyokong-penyokong beliau yang ingin berjabat tangan dengan beliau. Program ceramah dan perjumpaan bermula kira-kira jam 6.30 petang. DSAI tiba di tempat ceramah kira-kira pukul 8.00 malam. Beliau disambut oleh penyokong beliau dengan laungan REFORMASI yang diketuai oleh YB. Chiew Chiu Seng ADUN N.59 Kidurong.

Apa yang menarik perhatian saya pada perhimpunan tersebut pihak PKR asyik menyalahkan pihak Kerajaan (BN) yang mereka anggap sudah tidak releven pada zaman pemerintahan sekarang seperti mereka kata BN sudah "Expired" macam tin "Sardin". Isu yang mereka bangkitkan adalah isu tanah yang memang sedang hangat di Bintulu. Apa yang menghairankan saya kenapa DSAI tidak menyelesaikan masalah tersebut ketika beliau masih memagang jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu, kenapa baru sekarang beliau membangkitkan isu tersebut apabila beliau berada didalam parti pembangkang dan bukan semasa beliau didalam BN. Ini menunjukan bahawa PKR tidak mempunyai modal dan hanya bercakap kosong, mereka hanya tahu memburukkan BN sedangkan Negeri Perak tidak dapat mereka tadbir apatah lagi hendak mentadbir sebuah negara.

Kita sebagai rakyat harus ingat "yang lama tidak semestinya buruk, yang baru tidak semestinya bagus" jadi kita rakyat Bintulu kena fikir dengan sebaik nya macam mana keadaan kita semasa BN memerintah dan bandingkan dengan negeri yang di perintah oleh parti Pakatan seperti Negeri Perak, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan. Adakah keadaan mereka lebih baik daripada kita?

5 comments:

Anonymous said...

hai darabajik

LeeZ said...

Ask yourself... for 50 years++ or 46+ years that BN has ruled Sarawak, what has BN done for your state??? compared to what they have done for other states....???

Jangan nak compare PR yang baru setahun jagung perintah negeri-negeri tersebut....

darabajik said...

betul.........jangan nak compare PR yang baru setahun jagung memerintah negeri2 tersebut...1 perak pun tak dapat jaga...nak tak kalau sarawak pun diperintah begitu?tapi nak tanya ler....leeZ betul2 ke nak PR memerintah Sarawak?apa kelebihan PR?

Anonymous said...

Bintulu Industrial town - kerana BN. Airport Baru - kerana BN. Telaga Gas LNG - kerana BN. Town Planning Bintulu Cantik - kerana BN. Jalan raya Tatau/Bintulu - kerana BN. Peluang pekerjaan di Bintulu Banyak - kerana BN..... Jadi kenapa nak susah sokong PKR. Tak ada apa yang boleh dibanggakan. DSAI seorang pembohong pun mereka tak tahu. Sekarang kita harus sedar bahawa kenikmatan yang kita, anak kita, keluarga kita kecapi sekarang adalah atas usaha kerajaan BN selama 45 tahun. Kalau marahkan Tok Uban Sarawak boleh kita tukar. Tapi jangan sekali tukar kerajaan BN.

darabajik said...

Betul apa u cakap...kalau bukan kerana BN tak akan Bintulu or Sarawak maju kan kan....tak da pun dengar PR membawa kemajuan kepada negeri yang mereka perintah....kita dapat lihat sendiri tak payah nak sebut negeri mana semua org tahu